Wednesday, December 1, 2010

.::Jangan main pakai je cincin tu sahabatku.::



Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je.. sunnah nabi jarang nak ikut ..
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti

memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth :

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari :

1] jari manis

2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari :

1] jari tengah

2] jari telunjuk


Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian !!

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Friday, November 26, 2010

.::kenapa saya sayang awak ea??::.


saya sayang awak..tapi betul ke saya sayang awak??awak sayang saya ke??kalau sayang, nape awak pegang tangan saya??awak nak tengok rambut saya,nak hug saya,nak saya pakai seksi2..memang la awak xkasi boy lain tengok saya pakai seksi..tp awak xhalal lagi utk saya kan??saya sayang awak ke kalau saya kasi semua tu kat awak??


saya sayang awak..betul..xtipu..tapi sayang ke kalau bila dengan awak, saya lalai??saya lupa kat Dia yang dah cipta saya, yang kasi saya perasaan cinta kat awak..saya lupa solat, saya lupa dosa..saya lupa Tuhan..takut la...


betul awak..saya sayang awak..tapi saya takut..takut sangat nak sayang awak..awak baik, selalu solat awal..tapi nape bila dengan saya awak lupa solat??masa kuar, kita lalu je depan masjid..xpernah stop..tp kt tempat xde orang, kita stop.beratus duit awak habis untuk saya kn??saya hargai sgt..saya tau awk syg saya..tp nape awak xsimpan duit tu dulu..kot2 ada jodoh, boleh kita kawen..awak...saya takut..takut sangat..takut bila ingat pe yang kita dah buat..saya nak awak jadi halal utk saya..tp xboleh la sekarang..mcm mana awk nk tanggung saya..kita blaja lg..saya nak hidup dgn awak..saya nak awak jd imam saya..nak sgt share everything dgn awak..saya nak jadi kekasih halal awak..tapi betul ke cara kita wak??saya takut laaaa...


awak..saya nak hidup dgn awak forever kat heaven..tapi layak ke kita gi heaven kalau kita camni??macam mana kalau tiba2 Dia panggil kita pergi..xkisah la saya dulu, awak dlu atau dua2 skali..boleh ke kita gi heaven kalau Dia panggil kita skarang??kalau la Dia tanya apa yg saya dah buat dgn awk, pe saya nk jawab nanti..saya maluuuuuuuuuuu sgt kat Dia..


awak..lama saya fikir..saya fikir pasal kita..betul saya sayang awak..tapi, sampai bila kita nak camni??awak..saya dah fikir lama...lepas ni, kalau saya xmsj awk,xnk jumpa awk, xnak call awk, xnk vc, mms or wc,awak jgn salah faham tau..saya buat camtu sbb saya syg awk sgt2..awak..saya nak forever kat syurga dgn awak..dulu saya sedih sbb kita jauh..tapi skarang, saya bersyukur sangat..Tuhan sayang kita..kalau dekat, awak boleh agak kn pe kita buat nnti??


saya xtau camne nk gtau awk..saya nak jaga hati awk..tp awak sedar x sebenarnya saya dah kotorkan hati awak..saya suka goda awak dgn manja saya, dengan body saya..saya suka buat awak cair dgn saya..jahatnya saya..awak saya banyak dosa..awak nk ke terima org mcm saya jd wife awak??awak..saya nak bersihkan diri saya sebelum jadi yang halal buat awak..saya nak jadi the best wife..baru la awak xpandang orang lain dah..saya xnk susahkan awak dgn saya yg mcm ni..awak..saya nak jadi bidadari awak..bukan kat dunia je..tp kat heaven gak..saya nak jadi bidadari awak yg forever..


awak..saya tahu saya xbaik....banyak sangt kurang n xlayak nak tegur salah awak..tapi saya sayang awak..pe kita buat, bukan ada org tahu pn...sape lagi nak tegur awak kalau bukan saya??saya pn nak awak jadi suami yg boleh pimpin saya ke syurga..xnak ke??xkn la awak sayang saya utk hepi2 kat dunia ni je..awak xnk ke pilih saya jadi bidadari awak kt syurga nanti??awak..tolong la...saya xnk dah jumpa awak..tp mungkin saya lalai gak nanti..syaitan selalu ada dgn saya..suka je dia kalau saya keluar dgn awk, goda awak..awak..tolong la ingat kan saya gak bila saya lupa.tolong ek..saya lemah sangat..saya nak jadi kuat..kuat utk awak..untuk hidup dgn awak..


saya sayang awak..camne kalau tiba2 Dia panggil kita b4 kita sempat bertaubat..takutnye saya..awak xtakut ke??camne kita nak gi syurga??camne saya nak jadi bidadari awak??saya nak sangat cinta ni kerana Dia..tp dgn apa kita dah buat, layak ke kita letak nama Dia dlm cinta kita??malu sangat kat Dia..awak..saya nak berubah..utk diri saya gak, utk parents saya..tp, kalau saya berubah, awak still terima saya lagi kan??saya nak berubah pn sbb nak jadi the best utk awak..utk babies kita nanti..nak jadi mom yg the best..huhu. tinggi betul cita2 saya..saya pn nak kita jadi pasangan yg educated..nak sama2 berjaya..tp educated yg taat padaNya la..mesti bahagia kan..kita ingat Dia, Dia pun ingat kita,,so, boleh la Dia jaga kita nanti..


awak, kalau la saya pergi dulu,saya nak tunggu awak kt syurga tau..awak doakan la saya bia boleh masok syurga..saya nak jadi bidadari yg tunggu awak..n there, i'll be yours forever...tapi, kalau awak pergi dulu??ye..saya sedih..tp saya pun akan doakan awak..insyaAllah..nanti awak tunggu la saya kt syurga k??mesti ramai bidadari tunggu awak kat sana..tapi, simpan la 1 tempat untuk saya k??saya nak jadi bidadari awak..


awak..maaf kan saya kalau ape yg saya buat n gtau ni mengguris hati awak..saya buat camni sbb saya sayang awak..saya xtau camne nak gtau awak..sebab tu saya taip kt sini..maaf sebab saya post kat sini..bukan nak bukak kburukan sendiri..at least mereka yang baca ni boleh jadikan kisah ni sbgai panduan..ramai kt luar sana kapel n buat macam2..saya takot nak post kat awak..tapi saya harap awak tergerak hati nak baca ni k..awak..dah nak subuh la..kejap lagi mesti Dia panggil saya..ingat tau..SAYA SAYANG AWAK ETERNALLY N INFINITY.. n saya tunggu awak jemput saya sebagai yg halal utk awak nanti k..kalau awak memamg ditakdirkan untuk jadi teman hidup saya dunia & akhirat..=)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...